Friday, March 18, 2011

Latihan Nasyid

Untuk menjuarai pertandingan kokurukulum pada tahun ini, para pelajar bersama guru telah bertungkus lumus dalam membuat latihan terutamanya bagi peserta nasyid. Buat julung kalinya, pelajar sekolah kafa ini menggunakan alat muzik untuk menjayakan pertandingan nasyid pada kali ini. jadi latihan nasyid telah dibuat awal dari tarikh yang sepatutnya. Pihak sekolah juga telah mengeluarkan belanja untuk membeli alat muzik untuk kemudahan pelajar. 

Latihan di IPGM Kampus Tuanku Bainun

Good job!!!!!


Selain mengadakan latihan di IPGMTB, mereka juga mengadakan latihan waupun hari cuti. Rajin betul.




SEMOGA BERJAYA!!!!!!

Sunday, January 30, 2011

KAFA Integrasi Sungai Kechil Ilir terletak di Kampung Sungai Kechil Ilir daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. sekolah ini mempunyai tenaga pengajar seramai 12 orang dan mempunyai pelajar lebih daripada 200 orang. sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Masjid An Naim. KAFA  Integrasi Sungai Kechil Ilir pernah terpilih sebagai sekolah KAFA cemerlang negeri Kedah pada tahun 2009 kerana telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPKK bagi tahun 2009.